How's your day?
Aku ni, kemungkinan disahkan menghidap mengantypingphobia. Ape tuu?
Mata mengantuk, tak nak tidur dah tu, menaip pepagi bute. Hm. Menarik..
Abaikan.
Terasa macam nak share tips untuk tidur dan hilangkan rasa mengantuk. hahh, 2 in 1.. Macam kopi neskape kan..
Tips nak tidur dalam waktu singkat.
- Baca buku tebal tebal. kalau boleh, kaum hawa elakkan baca novel. Meanwhile, kaum Adam digalakkan baca novel time nak tidur. Gerenti 2 minit 37 saat lepas tu, tak nampak tulisan dah.
- Layan lagu jiwang. Kalau kaya, ada duit lebihan ptptn/mara, pi beli speaker sepasang. Bukak lagu dulu dulu yang jiwang karat tu, letak tepi telinga. Tapi, kalau tak minat lagu lama, pasang lagu Yuna pun boleh.
- Pi supper(makan lewat malam) lepas tu, landing atas katil. Dalam 5 minit lepas tu, gerenti lelap.
Tips nak hilangkan mengantuk
- Tengok benda benda lawak macam Lawak Ke Der 2. Mata segar bugar tegar je lepas gelak sakan macam tak ingat dunia tu.
- Pi stalk crush kat FB or Tuwet(twitter). Dah tu, tutup lappy! Jangan dok berangan lelame, nanti tak jadi kerja kau.
- Telefon member yang selalu buat gila-gila, biar dapat imbau kenangan time sekolah. Tu salah satu ubat tak nak bagi tidur.
- Nak lagi berkesan, pi amek wudhu'. Konpem tak mengantuk dah.
![]() |
| ni belajar sambil tidur. jimat masa. |
Setakat ni, semua aku dah test. Menjadi kauuu! (giler oberr)
Tips ni khas untuk kes nak stadi(study) lewat malam, atau nak tidur awal sebab esok ada test. Hm.
Nak kena amalkan sekarang ni, sebab esok test.

No comments:
Post a Comment